PERALATAN DAN PAKAIAN

JARING
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.



RAKET
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.



BOLA
Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.



PAKAIAN PEMAIN
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih

No comments:

Post a Comment

SEJARAH TENNIS

Tenis ternyata merupakan olahraga yang sudah lama. Terekam pada pahatan yang dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masihi di dinding sebuah...